BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 16, 2010

baik atau jahat

salam

ok,untuk semua yang kat luar sana.. tolong la ye.. PERINGATAN!!

jangan sesekali gunakan kebaik kan orang untuk kepentingan diri kamu!! aku post ni,secara umum.. pada yang terasa,confirm-confirm la sebab kamu makan cili kowt.. tu yang terasakan.. ta tahu la kan,terasa pedas or what..

helloo readers,kalau kamu rasa kamu ada perguna kan kebaikan orang untuk kepentingan kamu.. beringat la ye.. terutamanya,kepada sesiapa yang berhutang.. wei la weyh.. ingat sikit.. masa kamu nak berhutang tu,kamu cakap apa?? 'ei,aku nak pinjam duit boley?' atau yang lagi manis 'awak,saya ada benda nak minta tolong ni.saya nak pinjam duit boley?saya janji,nanti ada duit saya bayar.boley ye wak.' ok,PINJAM!! tahu ta,bila da pinjam kena pulang!! wei,kamu pinjam duit orang,maknanya kamu tahu guna duit kan.. bila da tahu guna,mesti tahu juga kan yang duit tu SUSAH NAK DICARI!! baca betul-betul DUIT SUSAH NAK DICARI!!


tolong la.. pada semua pembaca.. kalau kamu pinjam setakat rm10,rm20 mungkin orang boleh halal kan.. tapi kalau kamu da pinjam berpuluh-puluh,beratus-ratus dan mungkin ada yang mencecah beribu-ribu.. baik kamu cepat-cepat pergi bayar.. takut-takut,esok kamu khatam.. tahu apa tu khatam?? meninggal.. ta faham juga?? senang cakap la MATI!! macam mana kalau orang tu ta nak halal kan apa yang kamu da pinjam?? agak-agak apa jadi ek?? ingat la sikit.. hidup ni bukan kat dunia je..


ok.. kamu kena ingat.. orang tu da jadi sebaik-baiknya untuk kebaik kan kamu.. jangan la nak salah guna kan pula kebaik kan orang untuk kepentingan diri kamu.. dan ingat juga,tahap kesabaran seseorang tu ada batasnya.. jangan sampai,orang yang baik tu jadi sejahat-jahat manusia kerana sikap kamu..

pada orang yang kebaik kannya sering di perguna kan pula.. cukup-cukup la buat baik untuk orang yang ta berfaedah.. lebih baik kamu guna kan kebaik kan kamu untuk orang yang betul-betul memerlu kannya.. dan untuk orang yang betul-betul tahu menghargainya.. serta ikhlas kan hati dengan setiap apa yang kamu da lakukan.. ok,kenapa aku cakap kena ikhas kan hati.. sebab mama aku cakap 'daripada tambah dosa,sebab sumpah serana orang tu,lebih baik bila dia nak pinjam,cakap je ta ada.' faham ta maksudnya?? ta faham.. ta apa,biar aku terang kan.. maksud mama aku tu,daripada kamu bagi pinjam tapi menyakitkan hati,menambah dosa.. lebih baik ta payah bagi.. kenapa pula boleh jadi macam tu kan.. sebabnya,bila kita da bagi pinjam kita mesti harap kan orang tu pulang kan,kan?? bila dia ta pulang kan,kita pun jadi marah.. jadi sakit hati.. bila da marah, da sakit hati.. mula mulut nak mencarut kan.. jadi,tambah pahala ke tambah dosa?? baik-baik nak buat baik kat orang,jadi buat jahat pula kat orang.. sebab tu,kita kena ikhlas kan hati.. ada faham sekarang??

ok,akhir kata aku minta maaf la kan.. sebab mesti ramai yang terasa.. ta kisah la,yang baik atau yang jahat.. kita semua tetap manusia.. tetap ada hati dan perasaan.. pada yang suka buat jahat kat orang tu.. ingat-ingat la ye.. satu hari nanti kamu akan merasainya.. pada yang suka buat baik tu.. pun beringat-ingat la ye.. jangan sampai,perkara baik bertukar jadi perkara jahat..

sekali lagi,aku minta maaf..


opppssss,sila la like ye!!

0 comments: