BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, November 29, 2012

darah manis

assalamualaikum..

darah manis??apa tu darah manis??adakah maksud nya darah kita lebih manis dari sebelum nya??apa-apa je la kan tapi sebab perkataan darah manis ni la,aku tak nak bertunang tau dulu..nampak macam sengal kan (memang sengal pun)..yela,habis asyik dengar "da tunang ni,dugaan nya banyak,darah tengah manis la katakan"..aku ni pula lurus bin bendul (opsss,binti sepaptut nya) kan,so bila aku dengar A,A la yang aku akan percaya..nak senang la konon,tak nak lalui dugaan punya pasal,aku pun buat la keputusan tak nak tunang dulu..dulu la tapi macam apa yang orang cakap,kita hanya merancang dan Tuhan yang tentukan,so tu la yang berlaku kat aku..akhirnya,aku bertunang juga (sampai sekarang,aku still tak percaya aku da jadi tunang orang,okey..tak percaya boleh tanya tunang aku :D )..

bila da tunang,apa yang aku takut kan da tentu la mengahantui aku (nampak tak,kesengalan aku)..huhuhu..dan semestinya perkataan tu selalu aku dengar (nasib baik kat rumah,aku jarang dengar) so,aku pun buat keputusan nak buat rujukan pasal "darah manis" (rujukan la sangat kan !)..aku search la kat google dan banyak sangat artikel tentang darah manis..aku pula jenis rajin sangat membaca kan (rajin la sangat,puihh) so,aku rasa aku nak buat andaian sendiri je la apa disebalik perkataan darah manis tu dari sudut pandangan mata aku dan pengalaman aku (aii,ceh..ayat tak boleh blah kan)..

sebenarnya,darah manis tu orang dolu-dolu saja je cakap supaya kita lebih berhati-hati (tapi jangan sampai jadi macam aku)..dugaan memang akan ada tak kira la waktu bercinta ke bertunang ke berkahwin ke dan dugaan nya sama je yang membezakan nya,perasaan dan emosi kita..waktu bertunang ni,kadang-kadang kita rasa macam kasih sayang pasangan kita makin berkurang (betul tak??macam mana aku tahu,sebab aku pernah rasa la kan) sebenarnya perasaan tu semua datang dari ganguan syaitan yang takut apabila kita semakin hampir dengan akad nikah sebab tu tak digalakkan bertunang lama-lama takut berubah hati (ingat tu en.tunang saya)..

ok,macam mana pula dengan segala musibah yang berlaku pada pasangan yang sedang bertunang??(ni hanya pendapat aku je,okey)..bagi aku la segala musibah yang berlaku memang da ditakdir kan akan berlaku cuma kebetulan berlaku sewaktu kita dalam ikatan pertunangan..mungkin,walaupun kita tak bertunang sekalipun,andai telah tertulis pada waktu itu kita akan ditimpa musibah,ia nya tetap akan berlaku,right??cuma apabila berlaku sewaktu kita dalam ikatan pertunangan,ia akan menguji sejauh mana kita tetap mampu berdiri teguh di sisi pasangan kita dan begitu juga sebalik nya..bukan kah pertunangan ni adalah salah satu cara untuk kita mengenali pasangan :)

so,rumusan nya apa pun ikatan kita dengan pasangan kita sekarang ni,dugaan dan ujian tetap akan hadir..kita hanya mampu berusaha untuk mempertahan kan hubungan tersebut tapi sejauh mana hubungan itu mampu pergi,hanya Allah sahaja la yang Maha Mengetahui berdoa la supaya hubungan itu akan kekal dan sentiasa diredhai Allah..ingat,ikatan pertunangan bukan lesen untuk kita ke hulur hilir dengan pasanagan (pesanan untuk saya dan en.tunang)..

sekian,terima kasih :)


p/s : saya beryukur sangat dapat en.tunang yang baik,keluarga dia dan keluarga saya yang sentiasa memahami dan kawan-kawan saya yang sentisa berada di sisi..saya sentiasa sayang anda semua <3



opppssss,sila la like ye!!